Sunday, September 20, 2009

Azimat Ibu..

Sebelum memulakan, hayatilah lirik lagu nasyid ini yang diyanyikan oleh Far East-Azimat Bonda

langit kirmizi menghantar dirimu menuju jln pulang
hari-hari indah bersamamu bertaburdi tanah kenangan
wajah berona simpati kau tatapi buatkali t'akhir
sedih & sayu dari kamar atma mengundang air mata

Hanya rindu & doa buatmu
semoga kau tenang dan bahagia
agar syurga menjadi milikmu
bukan hanya di telapak kakimu

menumpang di segenap ruang yg ada di lubuk p'kasihan
begitu indah setiap detik di dlm rahimmu
sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu
keperitan itu kau rasa indah demi anakmu

setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
azimat ini ku tanam di lubuk hati yg dalam

di tirai malam aku bersandarkan pada dinding kepiluan
bersenandungkan merdu suara alam terlena di rajutan rindu
tiada yg terindahdiduni dapat mengganti hilangmu
pilahan yg terbaik takkan dapat mengisi relung hatimu

Ibu ayah adalah tempat bermanja,berkasih dan adalah orang yang amat kita perlukan sejak dari kecil sehingga kita dewasa.

taatilah pada ibu, kerana kasihnya pada anaknya membawa ke syurga. Kerana ibu adalah seseorang yang mengandungkan,melahirkan,menyusukan,membesarkan dan mendidik sehinggalah kita dewasa dapat memilih antara yang baik tau yang buruk. Jika kita dpat bayangkan dan merasakan keperitan,kesakitan seorang ibu melahirkan anak, sudah tentu seorang anak itu akan akur engan ibunya. kerana, seorang anak itu akan sentiasa berhutang 1 dengan ibu nya. walau apa pun yang terjadi, kita tetap berhutang satu dengan ibu. kita sentiasa 0. 1-0, itulah di ibaratkan kita dengan ibu yang banyak berjasa dalam menjadikan kita anak yang soleh dan berjaya sekarang.

Begitu banyak ayat ayat dalam Quranul Karim yang menyatakan kita sentiasa perlu berbuat baik dengan ibu..

" Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari Bani Israel (yaitu): Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat baiklah kepada ibu bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, dirikanlah salat dan tunaikanlah zakat. Kemudian kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu selalu berpaling."(Surah Al baqarah, Ayat 83)

dan

" Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia".(Surah Al- Isra', ayat 23)

dan Seorang sahabat pernah bertanya kepa Rasulullah S.A.W, Siapakah yang kita perlu taat selain Allah dan RasulNya, Rasulullah S.A.W menjawab : Ibumu" in membuktikan kita perlu taat kepada ibu kita dan kita perlu menghormati ayah serta taat dengannya.

Amatilah kata kata ini :

"Anakku, alangkah indahnya jika apa saja yang kau temui.Apa saja yang kaurasakan. Suka, duka, nikmat, musibah,marah, lega, kecewa, bahagia. Pokoknya apa saja, Anakku. Bisa kau hubungkan derngan akhirat, dengan hari akhir. Dengan begitu hatimu akan sangat peka menerima cahaya hikmah dan hidayah"

dan

"Begini Anakku, jika suatu ketika kau dimurkai ibumu misalnya, carilah sebab kenapa kau dimurkai ibumu. Hayati perasaanmu saat itu, saat kau dimurkai. Ibumu murka kemungkinan
besar karena kau melakukan suatu kesalahan, yang karena kesalahamnu itu ibumu murka. Dan saat kau dimurkai pasti kau merasakan kesedihan, bercampur ketakutan dan juga penyesalan atas kesalahanmu. Itulah yang kau temui dan kau rasakan, saat itu. Lalu hayati hal itu sungguh sungguh, dan hubungkan dengan akhirat. Bagaimana rasanya jika yang murka kepadamu adalah Allah. Murka atas perbuatan perbuatanmu yang membuat-Nya murka. Bagaimana perasaanmu saat itu. Mampukah kau menanggungnya. Jika yang murka adalah ibumu, kau bisa meminta maaf. Karena kau masih ada di dunia. Jika di akhirat bisakah minta maaf kepadaAllah saat itu? "

Jesteru, mohon lah ampun kepada orang tuamu sementara mereka masih ada dan bersyukurlah kepada Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang kerana dia memberikan kesempatan merasai kasih sayang ibu bapa sementara ada anak anak di tempat lain sudah tidak punyai kedua orang tua.

Ingatlah, syurga seorang anak itu terletak di bawah tapak kaki ibu,tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya, dan ingatlah kita juga akan menjadi ayah dan ibu suatu hari kelak. kita juga akan merasa bagaimana menjadi ayah dan ibu jika punya anak seperti kita sekarang. Mohonlah Ampun pada kedua orang tuamu. Taatlah Pada mereka.

Sunday, September 6, 2009

Masyarakat Malaysia tak pernah paham....

makin hari,makin teruk aku tgok budaya masyarakat malaysia nie...aku risau ape akan jadi ngn org2 melayu for the future..ngan barisan pemimpin di atas sana msing masing berebut kuasa...rasuah sana sini.bunuh sana sini,skandal sana sini..pilihanraya x abis abis...macam2 la Mlaysia skg..tak macam dulu, Malaysia anam jer...

Ni baru baru ni kes kepala lembu lak..aku pon pening ngn orang melayu islam ni...mereka nak bela agama tak bertempat.lagi buat org benci ngn islam yang indah. memberontak ngn kepala lembu..sian lak lembu tu...lembu tu x salah pon..tau2 da mati sebab nak kan kpla dia tu..dorang ni x pikir ke?? Banyak keburukan..aku phm korang nak bela tempat korang,islam konon..nak bela islam bukan cam gitu caranye...Korang patut lemah lembut ngan orang lain..Rasulullah pun pnh bersabda "Barang siapa menyakiti orang lain(kafir), maka dia menyakiti aku, barang siapa menyakiti aku, maka dia menyakiti ALLAH."...walaupun korang bantah nak bina kuil kat situ, tapi ada cara yang paling hikmah.. Allah pon larang kita ni menghina agama lain, kerana Allah benci ngn hambaNya yang sombong. Kita ni dah la Hamba je..sedaarla sikit manusia...

Ni lagi satu, orang melayu islam malaysia pening....Skg ni dah banyak progam2 yang berunsurkan hiburan sambl cari duit..cam program realiti TV la..benda ni sume wat kita ni lemah,cintakan dunia yang semua makhluk Allah adalah pelakon.Orang ramai nangis tgk peserta kuar atau kalah dalam pertandingan tu..mak ayah dorng sume nangis..pening2..apa yang pening? Patutnye mak ayah dorang nangis tgk anak dia nak masuk benda camtu..nangis nak anta anak masuk program tu..gembira dan syukur anak mereka kalah..sebab tak banyak buat dosa dah...Pikir la sendiri..

takut hantu?Takut Allah?
hmm...skg ni byk sgt cite antu kat malaysia ni.macam2 version ade...famous antu zaman skg ni..hahaha..tgh hot..byk job..da tu ramai yang takut antu..mane lebih takut?takut Allah@takut hantu?..of course korng ckap takut Allah..tapi apa yang korang takut ngn Allah? kalau skg ni zman jahiliah masa sebelum islam datang da de kt Malaysia,apa yang takut ngn Allah..kita patut takut ngn Azab Allah yang amat pedih..seringan ringan azab pun Allah letakkan bara api neraka kt tapak kaki kita je..hahah..tapi sampai le mengelegak otak..takuttttt wo...tu baru bara api neraka..haha pikir la sendiri..kita kena bezakan takut hantu ngn takut Allah..klu takut ngn makhluk,kita perlu jauhkan diri daripadanya..tapi kalu kita takut Allah,kita perlu usaha nak dekatkan diri kepada Allah..bukan lagi jauh..

byk lagi nk tulis..mata da ngantuk ni..ok...

Saturday, September 5, 2009

Orang malaysia Mandi Wajib Tak sah??!!!!

Mandi wajib merupakan perkataan yg mudah disebut,ttp jgn tkejut jika
dikatakan byk umat Islam di tanah air kita yg tidak sah mandi wajibnya
kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yg betul,ssorg itu tidak boleh
melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung
shj. Sebalikny, ia mesti dilakukan dlm kedua2 keadaan bg mbolehkan
ssorg itu meratakan air keseluruh anggota badanny yg zahir.

Penolong Pengarah Bahgian Dakwah, Jabatan Keamjuan Islam MAlaysia
(JAKIM), Uztaz Hj MAt Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapaun,
berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di pejabat agama islam
gombak timur dan penceramah, didapati byk umat islam yg tidak
mengetahui perkara ini.
"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi
salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota
badan yg zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yg dilakukan
oleh ssorg itu juga turut tidak sah. Itu lah akibatny jika tidak
melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di
rumahny di taman sri keramat kuala Lumpur.

Mandi wajib yg juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh
dipandang ringan oleh umat islam. Setiap org yg mlakukanny mestilah
mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib ssorg itu
tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis
di badan. Ketiga,meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir.

"Niat mandi wajib: "Shj aku mengangkat hasar besar
kerana Allah Taala."
Atau " Shj aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dlm hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai
ke
mana2 bhgn anggota badan.
"Bagi ppuan yg habis haid, niat mandi wajib ialah: " Shj aku
menggangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi ppuan yg
habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Shj aku mengangkat
hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika ssorg itu memulakannya slps dia
tlh mbasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibny
tidak sah.
Oleh itu dia mestilah mmulakan kembali niatnya ketika dia
mula
menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat
sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu
mandi wajibnya tidak sah." Jelasnya lagi.

Mengenai rukun mandi wajib yg ke2, iaitu menghilangkan najis yg ada
pd badan, menurut uztaz hj mat jais, menurut imam nawawi, jika kita ada
najis dibadan, najis itu blh dibasuh serentak dgn mandi wajib.
Ertiny mbasuh najis dgn mandi itu boleh disekalikan.

"Sementara rukun mandi wajib yg ke3, iaitu meratakan air keseluruh
anggota badan yg zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yg ada di
badan, sama ada
bulu2 yg jarang atau lebat. "jika rambut ssorg itu ditocang
atau disanggul,sekirany tak sampai air ke dalamny, tocang atau
sanggul itu wajib la dibuka. Bulu2 dlm lubang hidung pula, tidak wajib
dibasuh kerana dianggap batin. Ttp sekiranya, bulu2 di dlm hidung itu
bernajis,ia wajibla dibasuh.

"Mengenai kuku pula, jika di dlm kuku ada kotoran yg blh mhalang
sampai air ke badan khususny di bhgn bwh kuku, kotoran itu
wajiblah dibuang.
Mbuang kotoran di dlm kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang
mandi.

"Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, ini lah yg
merumitnya.
Sbnrny jika rambut ssorg itu diwarnakan dgn pewarna slain inai,mandi
wajib ssorg itu tidak sah.
"Oleh itu, ssorg yg mwarnakan rambutnya dgn pewarna slain inai, jika
dia hendak mandi wajib, dia mestilah mbuang pewarna pd rambutnya
tlebih dahulu. Tp untuk mbuang pewarna itu pula bagaimana?..ini lah yg
rumitnya.
Sedangkan pwarna pd rambut itu sbnrny tidak blh dibuang begitu mudah.
" Yang menyebabkan mandi wajib org yg menggunakan pwrna pd rambutny
tidak sah kerana pwarna itu akan menyalut rambutnya yg menghalang air
sampai ke rambut. Ini bbeza dgn inai. Inai sbnrnya akan meresap
ke rambut, ttp pwarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air thalang
ke rambut."
"tp dlm hal ini, jgn pula ada yg slh phm. Sbnrny pwarna itu
jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM sekiranya pwarna itu tidak
bernajis, bukan lah bmaksud menjadi tidak sah?.. Dalam hal ini,
sukalah sy menyatakan bhw sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.
Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

"Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun
mandi wajib seperti yg telah sy nyatakan ini adalah merupakan perbezaan
sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yg
serius orlh umat islam.

Mengenai sbb2 ssorg itu wajib mandi wajib pula, uztz hj mat
jais menegaskan, ssb2 nya tdiri drp 6 sbb. 3 sbb mlibatkan lelaki
dan ppuan iaitu kerana bersetubuh wpun tidak kuar air mani, keluar
air mani dan mati. Manakala 3 sbb lagi hny mlibatkan kaum ppuan
shj,iaitu keluar darah haid, nifas dan mlahirkan anak(wiladah).
"Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dgn menggunakan air mutlak sama
ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

"Bagi pasangan suami isteri yg bersetubuh pula,mereka tidak
semestiny mandi slps bsetubuh, ttp diwajibkan mandi ketika ingin
beribadat. Selepas bsetubuh pula, jika ia dilakukan pd waktu mlm,
jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur
itu adalah sunat, manakala tidak bwuduk sblm tidur adalah makhruh.

Monday, August 3, 2009

Rahsia yang Disembunyikan

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah
s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan
kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit
garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan
menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya!.
Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,
tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah
kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat
menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of
digestion. Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari
tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu
adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka
lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat
untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam
juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr,
dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah
dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang
sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah banyak 40
kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang
memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca
Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bacteria dan
racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka
bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullah
minum. Janganlah kita minum berdiri walaupun makruh tetapi ia makruh yang
menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan
bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar,
lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan
bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita
hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila
bercampur dgnairH20, akan menjadi H2CO3, i!aitu sama dengan cuka,
menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas,
sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas
sehingga habis.


4. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum
berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin
yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau
antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah
tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang
belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala
lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini
sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana
perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang
belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini
adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang
kesakitan !itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat
melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi
melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun
disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibody sahaja, jadi
dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapatmerebakkan
virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr
Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit
informasi yang diberikan oleh Mudarisana,

5. Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah. Mengapa ia terletak di
Mekah al- Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di
posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari
Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah
betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan
perpaduan ummah yang bergerak maju! bersama, equality and unity, tidak
seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang
pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara
lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali,
Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.
Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah Khairan Kathiran.

Sunday, August 2, 2009

Sudah sediakah anda utk ke 2012

2012 makin menghampiri. Masih ramai antara kita yang buat sikap tidak ambil tahu akan perkara ini. Oh! Tidak membawakan fakta dan kajian 2012 melalui pandangan agama Islam.

Cuba kira… 1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat, jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasal huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit, bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal cuma 1/3 sahaja (yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas dekat bumi ni).

Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu. ALLAH sahaja maha mengetahui.. cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012.

Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari ping ita nnya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah te lin ga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: “Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!”, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.

Sunday, July 26, 2009

Al Quran Sebagai teman

walau apa sekalipun jangan
tinggalkan Al Quran...bacalah setiap hari paling sedikit 1 helai. Jika
sibuk sekali pun carilah masa utk membacanya. jadikan hati kita sentiasa dekat dgn quran kerana quran itu cahaya penyuluh hidup

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran "

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al - Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata :

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat"."Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" .Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi
dari malaikat - malaikat dari syurga"

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al - Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh
sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat.

Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya.. ...MARI BACA AL-QURAN!! !

6 Perkara Di Sembunyikan Allah

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku
seperti ibadat kamu, akan tet api di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi
yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat
yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua
rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba
kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun
besar juga. Maka demi kemuliaann Ku dan ketinggianKu, sesungguhnya solat
mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat
atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta i zin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izi n dari Allah SWT maka pergilah
Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan
terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak
perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga
ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah
bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam
sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya? "
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang me reka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalamsemua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat
yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

hakikat Seorang Wanita

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.

Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.

Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman.

Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Allah.Sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan. Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus, Bahkan akan semakin membengkok. Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka,pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata! Tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya. Jinakkan diri kepada Allah. Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu. Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah.

Kenapa untung Solat Sunat???

Diriwayatkan bahawa rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Setelah Allah S.W.T selasai menciptakan Jibrail A.S. dengan bentuk yang cantik, Allah S.W.T. menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang iaitu antara timur dan barat.

Setelah itu Jibrail A.S. memandang dirinya dan berkata: "Wahai tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku"

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:"Tidak". kemudian Jibrail A.S. berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah S.W.T. dan tiap-tiap rakaat lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail A.S. solat, maka Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadah kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan muncul seorang nabi yangmulia yang paling Aku cintai, namanya 'Muhammad". Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa; sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesunguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintanKu."

kemudian Jibrail A.S. berkata: "Ya tuhanku, apakah yang engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadah mereka?"

lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:" Ya jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal."

setelah JibrailA.S. mendapat izin dari Allah S.W.T. maka pergilah jibrail A.S. dangan mengembangkan sayap dan terbang, setiap kali dia mengembangkan sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3,000 tahun terbanglah malaikat jibrail A.S. selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah dibawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah S.W.T. lalu dia berkata dalam sujud:"Ya tuhanku apakah aku sudah menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud"Wahai jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3,000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu serta kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamutidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah diberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan."

Saturday, June 20, 2009

LIMA PERKARA ANEH

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Wednesday, May 13, 2009

Umat Melayu

"Takkan Melayu Hilang Di Dunia" merupakan kata kata hikmah yang di ucapkan oleh Hulubalang Melaka yang termasyhur pada suatu ketika dahulu. Kemajuan Umat melayu suatu ketika dahulu amat disegani oleh musuh musuh yang bersaing dengan mereka. Kekuatan yang dimiliki oleh orang orang melayu pada masa itu terletak pada perpaduan dan kesatuan orang orang melayu.

Namun itu berlaku pada masa lampau, akan tetapi kini di zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran ini orang orang melayu berhadapan dengan perpecahan. Virus ini telah menular dari golongan atasan negara sehinggalah di peringkat akar umbi.

Anak muda kita seringkali menjadi korban di tengah jalan manakala si tua pula berebutkan kuasa sehingga berpecah 3 ideologi orang melayu kita.

Generasi Muda Pelapis Pemimpin

Kalau kita nak lihat bagaimana kemajuan atau kemunduran sesebuah negara pada masa akan datang, lihatlah pada golongan belia mereka pada hari ini, adakah golongan belia yang berpendidikan,produktif,dapat berfikir secara kreatif dan kritis? atau belia yang lemah,dungu,lalai dengan keenakan duniawi? Dari sini kita boleh menilai, dimanakah kedudukan kita pada masa akan datang.

Alhamdulillah golongan muda kita ada yang maju kedepan dan mempunyai karisma dalam pembentukan jatidiri bangsa melayu yang berpandangan jauh. Program yang disediakan oleh pihak IPT menjadikan pelajar mampu untuk bersaing dan berpolitik sejak di kampus lagi.Ini akan menjana produktiviti seorang pemimpin pada masa akan datang.

Akan tetapi itu semua adalah suku dari generasi muda kita, selebihnya anak muda kita ada dataran merdeka pada waktu malam, kelab kelab malam dan lalai dengan hiburan yang hendonistik.Budaya rempit,ragut,rogol amat membimbangkan kita. Adakah kita mahukan generasi seperti ini menjadi pelapis bagi kepimpinan yang berjaya pada hari ini?

Kemelut Politik yang merisaukan

Kemelut politik di negara kita ini semakin membimbangkan kita. Perpecahan orang orang melayu membuatkan kita lemah dan islam juga lemah di negara ini.Jesteru, kita patut sedar dari lena yang panjang kerana kita di ambang kekalahan. kekuatan kita dibelah 3, ayuh, ketepikan segala ideologi dan peganglah pada 1 ideologi yang sama iaitu asas perjuangan islam yang berteraskan Al quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W

Semoga kita dapat bersatu seperti generasi terdahulu. Jadikan sejarah sebagai sumber rujukan kita. Semoga Anak muda kita terarah kepada kecemerlangan