Wednesday, May 13, 2009

Umat Melayu

"Takkan Melayu Hilang Di Dunia" merupakan kata kata hikmah yang di ucapkan oleh Hulubalang Melaka yang termasyhur pada suatu ketika dahulu. Kemajuan Umat melayu suatu ketika dahulu amat disegani oleh musuh musuh yang bersaing dengan mereka. Kekuatan yang dimiliki oleh orang orang melayu pada masa itu terletak pada perpaduan dan kesatuan orang orang melayu.

Namun itu berlaku pada masa lampau, akan tetapi kini di zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran ini orang orang melayu berhadapan dengan perpecahan. Virus ini telah menular dari golongan atasan negara sehinggalah di peringkat akar umbi.

Anak muda kita seringkali menjadi korban di tengah jalan manakala si tua pula berebutkan kuasa sehingga berpecah 3 ideologi orang melayu kita.

Generasi Muda Pelapis Pemimpin

Kalau kita nak lihat bagaimana kemajuan atau kemunduran sesebuah negara pada masa akan datang, lihatlah pada golongan belia mereka pada hari ini, adakah golongan belia yang berpendidikan,produktif,dapat berfikir secara kreatif dan kritis? atau belia yang lemah,dungu,lalai dengan keenakan duniawi? Dari sini kita boleh menilai, dimanakah kedudukan kita pada masa akan datang.

Alhamdulillah golongan muda kita ada yang maju kedepan dan mempunyai karisma dalam pembentukan jatidiri bangsa melayu yang berpandangan jauh. Program yang disediakan oleh pihak IPT menjadikan pelajar mampu untuk bersaing dan berpolitik sejak di kampus lagi.Ini akan menjana produktiviti seorang pemimpin pada masa akan datang.

Akan tetapi itu semua adalah suku dari generasi muda kita, selebihnya anak muda kita ada dataran merdeka pada waktu malam, kelab kelab malam dan lalai dengan hiburan yang hendonistik.Budaya rempit,ragut,rogol amat membimbangkan kita. Adakah kita mahukan generasi seperti ini menjadi pelapis bagi kepimpinan yang berjaya pada hari ini?

Kemelut Politik yang merisaukan

Kemelut politik di negara kita ini semakin membimbangkan kita. Perpecahan orang orang melayu membuatkan kita lemah dan islam juga lemah di negara ini.Jesteru, kita patut sedar dari lena yang panjang kerana kita di ambang kekalahan. kekuatan kita dibelah 3, ayuh, ketepikan segala ideologi dan peganglah pada 1 ideologi yang sama iaitu asas perjuangan islam yang berteraskan Al quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W

Semoga kita dapat bersatu seperti generasi terdahulu. Jadikan sejarah sebagai sumber rujukan kita. Semoga Anak muda kita terarah kepada kecemerlangan